Guy : hei darl, happy valentine!! i love you (sambil2 buat flying kiss)
Girl : wow! u know sweetheart? Dari first time i jumpa u i dh syg u sangat2 tau... (sambil balas
balik flying kiss tadi)
Guy : ye..i tahu..i pon sama tau..sebab tu i wish u valentine neh..
Girl : ye..tapi u tahu tak sejarah valentine neh?
Guy : Entah la u..orang just cakap neh perayaan sambut hari kekasih.. i wish je la.. Just kidding!
Situasi dua : Boleh menjadi kufur pabila :
Guy : Sayang, malam neh malam special tau.. I nak bawak u keluar boleh tak?
Girl : Special? Kenapa nak bawa i keluar?
Guy : ala u neh...hari ni kan valentine.. so, i nak bawak u pergi celebrate lah.. boleh kita enjoy2
sambil meraikan hubungan kita yang masih kekal neh..
Girl : U tahu tak sejarah sebenar tentang valentine neh? bukan budaya kita pon..
Guy : ala.. i tawu lah.. i dah pernah baca tapi i ajak sambut ja.. open minded la u.. dah la
setahun sekali je.. u neh ketinggalan la..
Girl : biar la i ketinggalan di mata u, tapi up-to-date di mata Allah..
Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian..
Hari Kekasih? Valentine? saya jamin ramai antara kita sudah mendengar malah dah kenal dengan nama ni.. Tanggal 14 feb setiap tahun, beribu-ribu malahan jutaan orang di seluruh dunia akan merayakan perayaan ini.. Bagi yang kristian, biar lah sebab itu perayaan mereka.. Yang hairannya, kita yang Islam ni, kenapa nak sambut juga? Kita ada macam-macam lagi perayaan untuk disambut.. Kita ada sambutan maulidur rasul, kenapa tak tunjuk rasa cinta kita kepada Rasulullah?? Kita ada solat lima waktu, kenapa tak tunjuk rasa kasih dan cinta kita kepada Allah??
Valentine? sebenarnya terdapat banyak versi macamana perayaan ini boleh terukir di kalendar kristian.. Ada yang menyatakan Valentine ini hadir sebagai lambang kehebatan seorang paderi besar kristian yang berjaya memurtadkan sejuta penduduk sepanyol. Atas jasanya yang cukup besar bagi agama kristian, dia telah dibenarkan berkahwin dengan kekasihnya Isabella padahal seorang paderi tidak boleh berkahwin dengan mana-mana wanita.. Ada juga versi menyatakan wujudnya Valentine ini disebabkan kematian seorang paderi kristian yang syahid dalam mempertahankan kekasihnya.. Tak kiralah macamana sekalipun versinya, perayaan ini perayaan kristian dan mengagungkan paderi! Kita adalah ISLAM dan hanya mengagungkan ALLAH SWT...
Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum menyambut perayaan ini adalah haram jika sekadar main2 seperti yang dinyatakan dalam situasi satu di atas.. dan boleh membawa kepada kekufuran seandainya kita memuliakan dan memuja perayaan ini.. Ye lah, dah ternyata dengan jelas perayaan ini bukan budaya Islam.. Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah memutuskan bahawa haram hukumnya menyambut perayaan ini..
Kawan-kawan, memang nampak sweet kan kalau kita tengok orang barat sambut.. tapi kita ini ISLAM.. setiap larangan dalam ISLAM itu ada hikmahnya.. Islam juga ada perayaannya.. Malah perayaan dalam Islam lebih banyak dan lebih menarik..Maulidur Rasul, Rejab, Aidilfitri, Ramadhan.. tak cukup lagi ke? Sahabat, usah ditagih cinta manusia yang hanya sementara namun berusahalah memenangi cinta Ilahi yang ternyata hakiki.. Sekian, wasalam~