• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

featured-content

Is God really exist??



Somewhere in Oxford University, Ahmad walked away to the class when he found David standing with an doubtful face. Ahmad tried to interrupt ,

Ahmad : Good morning my friend. How are you ?

David   : I am not very well today. Can you accompany me for a while...  I have some question to ask
             you.

Ahmad : No problem bro, what do you want to know from me?

David   : I want to know about the existence of God.  Is God really exist?

Ahmad : To answer your first question, i want you to look around you from where you sit. You will
            notice  that everything in this room is "made" ; the wall, books, laptop etc... A person who is
             about to read a book knows that it has been written by an author for a specific reason... It would
             not even occur to him that the book might have come into being by chance.. Even a few bricks
             resting on top of one another make one think that they must have been brought to rest just by  
            someone within a certain plan.. Therefore, everywhere when there is an order-either small or big-a
             founder  and protector of this order must also exist.

Ahmad : If one day somebody said that raw iron and coal came together to form steel by chance, which
             in turn constructed the Eiffel Tower again by chance, would not he and those who believed him
             be regarded as insane? However, the probability of the simplest living creature being formed by
             coincidence is less than the probability of any man-made structure in this world because it is
             more sophiscated.

David : If God really exist, why there are so many war and chaos in this world??

Ahmad : okay.. before i answer your question, i want to ask something.. had you bought any car before
             this??

David : yes.. last month...

Ahmad : I'm sure that you had be given a guide book from the seller.. The guide book was written by the
             marker of the car to ensure that the car not broken down.. But if you ignore the guide that had
             been given to you, and use the car  uncorrectly.. the car will damage, right?? Can you accuse
             the maker of the car for the damage?? This is the analogy that  i want you to think..
             Our God has sent his messenger and Holy book as our guidance to success in life...

David : Ouh..now i see.. by the way, thanked because you willing to spend time with me..

Ahmad : You are welcome friend..




Retrieved from : The Faith ( Persatuan Rakan Masjid Uitm Kampus Puncak Alam)










Read More 0 comments | Posted by Safwan edit post

Say NO To Valentine!!



Situasi satu : Haram hukumnya pabila :

Guy : hei darl, happy valentine!! i love you (sambil2 buat flying kiss)
Girl : wow! u know sweetheart? Dari first time i jumpa u i dh syg u sangat2 tau... (sambil balas
        balik flying kiss tadi)
Guy : ye..i tahu..i pon sama tau..sebab tu i wish u valentine neh..  
Girl : ye..tapi u tahu tak sejarah valentine neh?
Guy : Entah la u..orang just cakap neh perayaan sambut hari kekasih.. i wish je la.. Just kidding!


Situasi dua : Boleh menjadi kufur pabila :

Guy : Sayang, malam neh malam special tau.. I nak bawak u keluar boleh tak?
Girl : Special? Kenapa nak bawa i keluar?
Guy : ala u neh...hari ni kan valentine.. so, i nak bawak u pergi celebrate lah.. boleh kita enjoy2
         sambil meraikan hubungan kita yang masih kekal neh..
Girl : U tahu tak sejarah sebenar tentang valentine neh? bukan budaya kita pon..
Guy : ala.. i tawu lah.. i dah pernah baca tapi i ajak sambut ja.. open minded la u.. dah la
        setahun sekali je.. u neh ketinggalan la..
Girl : biar la i ketinggalan di mata u, tapi up-to-date di mata Allah..



Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian.. 
Hari Kekasih? Valentine? saya jamin ramai antara kita sudah mendengar malah dah kenal dengan nama ni.. Tanggal 14 feb setiap tahun, beribu-ribu malahan jutaan orang di seluruh dunia akan merayakan perayaan ini.. Bagi yang kristian, biar lah sebab itu perayaan mereka..  Yang hairannya, kita yang Islam ni, kenapa nak sambut juga? Kita ada macam-macam lagi perayaan untuk disambut.. Kita ada sambutan maulidur rasul, kenapa tak tunjuk rasa cinta kita kepada Rasulullah?? Kita ada solat lima waktu, kenapa tak tunjuk rasa kasih dan cinta kita kepada Allah?? 

Valentine? sebenarnya terdapat banyak versi macamana perayaan ini boleh terukir di kalendar kristian.. Ada yang menyatakan Valentine ini hadir sebagai lambang kehebatan seorang paderi besar kristian yang berjaya memurtadkan sejuta penduduk sepanyol. Atas jasanya yang cukup besar bagi agama kristian, dia telah dibenarkan berkahwin dengan kekasihnya Isabella padahal seorang paderi tidak boleh berkahwin dengan mana-mana wanita.. Ada juga versi menyatakan wujudnya Valentine ini disebabkan kematian seorang paderi kristian yang syahid dalam mempertahankan kekasihnya.. Tak kiralah macamana sekalipun versinya, perayaan ini perayaan kristian dan mengagungkan paderi! Kita adalah ISLAM dan hanya mengagungkan ALLAH SWT...

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum menyambut perayaan ini adalah haram jika sekadar main2 seperti yang dinyatakan dalam situasi satu di atas.. dan boleh membawa kepada kekufuran seandainya kita memuliakan dan memuja perayaan ini.. Ye lah, dah ternyata dengan jelas perayaan ini bukan budaya Islam.. Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah memutuskan bahawa haram hukumnya menyambut perayaan ini..

Kawan-kawan, memang nampak sweet kan kalau kita tengok orang barat sambut.. tapi kita ini ISLAM.. setiap larangan dalam ISLAM itu ada hikmahnya.. Islam juga ada perayaannya.. Malah perayaan dalam Islam lebih banyak dan lebih menarik..Maulidur Rasul, Rejab, Aidilfitri, Ramadhan.. tak cukup lagi ke? Sahabat, usah ditagih cinta manusia yang hanya sementara namun berusahalah memenangi cinta Ilahi yang ternyata hakiki.. Sekian, wasalam~
 




sumber : http://www.youtube.com/watch?v=J8vL1XG4vMc
              http://www.youtube.com/watch?v=aXdq3eW81nU


Read More 0 comments | Posted by Safwan edit post

Cantik Kita Di Mata Siapa???




SCENE 1 :

Si A : Mamat, ko nampak x perempuan tu…
Si B : perempuan mana neh? Kat sini dah macam syurga wanita aku tengok..
Si A : ala.. tu la.perempuan yang pakai baju ketat kaler kuning dengan legging hitam tu.. seksi beb
aku tengok.. mengancam!! Hahaha (gelak jahat)
Si B: haa! Nampak2! Fuhh~ aku rasa kan perempuan neh mesti suka sosial kn? Dah la comel, seksi
pulak tu..kalu aku dapat perempuan neh, makan besar do!
Si A : hahahaha!! Ko neh tak habis2 nak ‘makan’ perempuan. Kesian la kat diorang tu..
Si B : amboi..sedap ko perli aku.. aku bukan pe, sape suruh diorang pakai seksi2 sangat. Mau
tercabar iman aku tengok diorang cam tu.. nama je berpakaian, tapi dah macam telanjang je
aku tengok.. mak bapak diorang tak ajar ke ha??
Si A : hmm..mana la aku tau.. dah memang diorang nak kita usha2 diorang kot.. susah kan? Nak
tengok rasa bersalah, tapi tak tengok rugi pulak… rezeki kita la jawabnya kot…



Scene 2 :

Si A : mamat, ko nampak tak perempuan kat kedai hujung tu??
Si B : maksud ko perempuan yang bertudung tu ke?
Si A : a’a la.. comel kan dia..maksud aku, dengan cara dia berpakaian tu..
Si B : cara dia berpakaian??
Si A : ye la..dah la dia bertudung, pakaian dia tak ketat pulak. Ayu je aku tengok..
Cam terpikat pulak aku dengan dia.. haha..
Si B : aiseh.. sejak bila ko minat perempuan camtu? Bukan ko suka yang seksi2 ke??
Si A : tak de la..kadang-kadang aku terpikir masa depan aku jugak. Kalau boleh, aku tak nak la
bakal isteri aku nanti pakai ketat2. Bukan pe, kan perhiasan wanita tu hanya layak untuk suami
nya saja. Kalau dah pakai ketat2, suma orang boleh tengok. Dah tak special lah si suami tu..
Si B : wahh2!! Ko cakap macam dah nak kahwin kan.. tapi aku setuju jugak dengan ko..mak aku pon
selalu juga cakap supaya cari bakal isteri yang menutup aurat.. insyaAllah akan harmoni
rumahtangga nanti. Tapi kan, bukan senang nak cari calon isteri camtu sekarang ni..
Si A : ye la..aku pun tau.. Cuma kita kena yakin je dan berserah pada Allah.. Isteri yang baik hanya
untuk lelaki yang baik. So, kita berdoa la dan tawakal.. InsyaAllah..
Si B : amin..haa!! tu azan dah masuk.. jom kita gi solat jemaah.. sebab aku nak belajar jadi lelaki
yang baik..insyaAllah, semoga dapat bakal isteri yang baik jugak nanti..
Si A : hahaha.. ye la..jom2~




Assalamualaikum.. mesti korang semua dah baca kan sketsa di atas tadi. Minta maaf la kalau ada yang terguris tapi saya cuma ingin berkongsi pandangan si lelaki apabila berhadapan dengan dua situasi di atas. Saya tak maksudkan semua lelaki berpandangan macam tu, cuma majoritinya mungkin sebegitu. Ye la, berhadapan dengan dua jenis wanita. Yang mendedahkan dirinya dan yang seorang lagi menyembunyikan perhiasan dirinya. Pasti sukar bukan buat kaum adam?

Kepada kaum hawa,
Kenapakah perlu berpakaian ketat? sekadar suka-suka atau ingin menarik perhatian si lelaki? Jika ingin menarik perhatian si lelaki, tahniah! anda mungkin 95% sudah berjaya!! ye la..sape yang tak nak tengok 'freeshow' kn?? mungkin ramai si lelaki akan memuji kecantikan, keseksian anda. tapi sampai bila? apabila si lelaki tu dah bosan, maka hilanglah kecantikan tersebut.. Namun kalau anda berpakaian longgar, menutup aurat terutamanya, alhamdulillah, itulah kecantikkan yang sebenarnya. Kecantikkan seperti itu jika diikhlaskan untuk Allah S.W.T, maka sedarilah bahawa Allah S.W.T tidak pernah jemu melihat anda. Bahkan si lelaki juga mungkin tidak akan jemu, malah akan memuji kecantikkan anda, bukan sahaja dari segi luaran, malah dalaman juga. Justeru, kecantikkan manakah yang anda pilih??

Kepada kaum adam,
Janganlah anda terlalu mengharapkan yang sempurna andai diri juga tidak seperti itu. Wanita juga mencari seorang lelaki yang dapat menjadi imam kepada dirinya, ayah mithali kepada anaknya dan suami yang mampu membimbing dirinya. Kadang-kadang Allah kurniakan anda seorang isteri tak seperti yang anda harapkan, bukan Dia tidak mengerti, cuma Dia inginkan anda membimbing pasangan hidup anda. Kalau anda sendiri tidak mampu menutup aurat, bagaimana anda nak membimbingnya? Terciptanya sang hawa adalah untuk melengkapkan tulang rusuk si Adam. Lurus atau bengkoknya ia, anda lah yang tentukan.

InsyaAllah..semoga tajuk kali ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup kita. Ada yang beranggapan, berpakaian ketat itu cantik dan seksi. Memang anda cantik, tapi hanya di mata manusia yang sementara. Bagaimana pula di mata Allah S.W.T, Tuhan yang Menciptakan?? Biarlah kita cantik secara holistik, di dunia kita dipuji, di akhirat kita dihargai.. wallahualam~


Read More 0 comments | Posted by Safwan edit post

Indahnya Sekeping Senyuman =)




Assalamualaikum kepada saudara dan saudari yang sudi melapangkan diri membaca entry saya pada kali ini. Semoga entry kali ini dapat mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik, di dunia dan di akhirat. Berpaksikan kepada tajuk yang terserlah di atas, pasti anda dapat mengagak perkara pokok yang akan saya kupaskan kali ini. Semuanya berkenaan senyuman.

Cuba kita lihat kembali dalam kehidupan seharian kita. Apabila anda terserempak dengan adik, kakak, abang, pakcik atau sesiapa saja yang bermuka masam, langsung tidak membalas senyuman anda. Pasti jauh di sudut hati anda akan berkata ; “eh akak neh, sombong betul. Harap muka saja lawa tapi senyum pun kedekut!” atau “ alahai budak neh, orang senyum dia buat jual mahal pula. Ingat dia hotstuff sangat la kot”. Kadang-kadang ada juga pakcik yang berketayap yang buat macam tu. Apa lagi pasti ada yang terdetik “ek eleh pakcik neh, Nampak baik je, pakai ketayap, baju jubah tapi nak senyum pun malas. Dah banyak pahala kot sampai tak nak sedekah senyuman neh”. Kadang-kadang jahat juga hati manusia sampai berkata-kata macam tu. Last sekali, yang tak senyum tu dapat pahala, yang senyum neh pula bercampur dosa dan pahala. Alahai, itulah realiti kehidupan.

Saudara-saudari sekalian,
Susahkah untuk kita senyum? Best sangat kah untuk kita bermuncung mulut, bermuka masam? Rasanya tak. Cuba kita bayangkan kalau seharian kita bermuncung mulut, pasti hati tak tenteram dan mulut pun pasti lenguh kan. Tapi kalau kita senyum tatkala berselisish dengan orang ramai kan manis. Pahala kita dapat, hati orang pun gembira, mulut tak lenguh dan ajaibnya hati kita akan tenang. Kalau tak percaya, cuba anda cuba buat.

Sahabat sekalian,
Senyuman ini adalah sedekah-satu fakta yang semua orang tahu. Tapi berapa ramaikah yang mempraktikkannya? Kita belajar dan faham tapi kita tak amalkan, apa kesudahannya? Hilang macam tu saja kan. Kalau kita lihat kat media massa pun, dah banyak iklan, poster, kempen yang dianjurkan untuk menggalakkan kita senyum. Ni bukti betapa pentingnya senyuman dalam hidup. Orang yang kurang comel pun kalau senyum boleh jadi comel tau. Ini apatah lagi kalau orang yang rupa pun dah macam bidadari, kalau senyum pasti orang tak kan lupa. Sebenarnya paras rupa bukanlah erti sebenar kecantikan yang dicari tapi kejelitaan hati yang murni adalah berpaksikan kepada personaliti dan tingginya peribadi. Ada orang yang cantik tapi jarang senyum, jelitakah dia? Ada orang yang biasa tapi gemar memberikan senyum, burukkah dia? Renung-renungkan lah…

Senyuman bukan sekadar sedekah tetapi solusi kepada masalah hati. Dengan hanya mengukir senyuman, hati kita akan tenang dan hati orang lain akan gembira. Itulah kuasa senyuman. Perbuatan yang teramat mudah dilakukan tapi hasilnya mengubah emosi anda. Apabila emosi dalam keadaan stabil, kerja yang dilakukan juga akan lebih produktif dan hasilnya juga lebih berkualiti. Jadi tak perlu anda bersusah payah mencari dan membayar ‘private caunselor’ untuk menenangkan anda. Yang perlu anda lakukan hanya senyum seikhlas hati. Wallahualam…



Read More 0 comments | Posted by Safwan edit post
Newer Posts Home

Color Paper

  • About
      About me. Edit this in the options panel.
  • Labels

    • Luahan Hati (1)

    Blog Archive

    • ▼ 2012 (4)
      • ▼ March (1)
        • Is God really exist??
      • ► February (1)
        • Say NO To Valentine!!
      • ► January (2)
        • Cantik Kita Di Mata Siapa???
        • Indahnya Sekeping Senyuman =)

    Pages

    • Home
    DAKWAH  ITU  UNTUK  SEMUA
    Powered by Blogger.

    Label

    • Luahan Hati (1)

    Followers

    Blogroll

    Blog Archive

    • ▼  2012 (4)
      • ▼  March (1)
        • Is God really exist??
      • ►  February (1)
        • Say NO To Valentine!!
      • ►  January (2)
        • Cantik Kita Di Mata Siapa???
        • Indahnya Sekeping Senyuman =)

    Label

    • Luahan Hati (1)

    Blogger templates

    Blogger news

  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright DAKWAH ITU UNTUK SEMUA. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine | Blogspot Templates

    Back to Top